<body> Che`Gu
...Kata Che`Gu

Langkah gelayaran terhuyung-hayang dalam berjalan
Mata gelayangan berkeliaran dalam pandangan
Lidah gelagapan gagap dalam perbualan
Teguhkah pendirian tegas tidak gelandangan

...Impian Che'Gu

Biar tapakku terjaga rapi
Biar rancak denyut nadi
Semoga tidak aku berhenti
Sehingga aku berdiri di puncak yang tinggi

...HOT LIKNKS

Betari Diani

...ARCHIVES


  • February 2008
  • March 2008
  • April 2008
  • May 2008

  • ...FORUM




     

    ...CREDITS

    Thursday, May 15, 2008


    Terasa lemah seluruh badan semenjak aku diserang pernyakit gastrik dua tigahariini. Tak cukup dengan gastrik, diselitkan juga penyakit cirit birit, muntah-muntah, demam panas dan juga sengal-sengal badan. Tak tertahan rasanya.

    Sampai dua kali aku berjumpa doktor hanya kerana gastrikku ini. Semalam aku ke hospital pula. Dah lah aku terpaksa menunggu giliranku selama dua jam walaupun hanya ada 5 pesakit sahaja sebelumku. Setelah bertemu dengan doktor pula aku diberi suntikan dan terpaksa bertiub selama 2 jam lebih lagi.

    Masih lagi terasa sakit perut walaupun dah bermacam obat aku telan. Masih lagi memerlukan khidmat tandas dan terpaksa terus was-was atas pemakananku (walaupun pada dasarnya aku tak berselera nak makan, tetap dipaksa oleh pihak-pihak yang tertentu untuk makan). Kini berat badanku turun sebanyak 4kg setelah 3 hari diserang penyakit ini.

    Che'Gu