Sebak. Apakan daya aku dipanggil pemalas. Puncanya, kerana aku teragak-agak untuk mengambil makanan kegemaran suamiku. Mungkin aku tidak berhak membantah kata-katanya namun sekurang-kurangnya fahamilah keadaan diriku yang sehari suntuk dilanda kesengsaraan mengerang kesakitan.
Hanya kerana satu kejadian ini dia membaling muka terhadapku, membisukan suaranya, membekukan kehangatan perhubungan. Hanya kerana aku yang sedang mengantuk dan sakit ini tidak terlonjak kegembiraan apabila disuruh mengambilkan ayam KFC yang hanya seketul itu sahaja. Fikiran aku kelam dengan asap jerebu yang membutakan penilaianku. Aku si pemalas
Katanya, aku ini begitu 'rajin' sekali apabila disuruh orang buat itu dan ini. Apa? Selama ini tidakkah aku melakukan apa yang disuruhnya? Mengambil air, menyediakan itu dan ini...Sebak hatiku mendengar tuduhannya itu
Biarlah...ya kan sahaja. Memang akulah yang bergelar Pemalas.