<body> Che`Gu
...Kata Che`Gu

Langkah gelayaran terhuyung-hayang dalam berjalan
Mata gelayangan berkeliaran dalam pandangan
Lidah gelagapan gagap dalam perbualan
Teguhkah pendirian tegas tidak gelandangan

...Impian Che'Gu

Biar tapakku terjaga rapi
Biar rancak denyut nadi
Semoga tidak aku berhenti
Sehingga aku berdiri di puncak yang tinggi

...HOT LIKNKS

Betari Diani

...ARCHIVES


  • February 2008
  • March 2008
  • April 2008
  • May 2008

  • ...FORUM




     

    ...CREDITS

    Friday, April 18, 2008


    Alamak! Darah aku betul-betul menyirap. Apa taknya. Dah lah pihak sekolah beri aku kertas cetakan yang terlampau lah 'banyak' (4 rim kongsi 4 orang, kemudian itu disuruh bertahan selama 10 minggu....manalah cukup). Aku terpaksa beli kertas cetakan sendiri agar sentiasa mencukupi. Bab beli kertas aku taklah kisahkan sangat. Paling-paling pun aku gunakan untuk kegunaan aku sendiri.

    Yang aku hairankan, kenapalah kertas cetakan aku cepat sangat kekurangan. Aku rasa kurang daripada setiap 2 minggu aku perlu menyediakan 1 rim kertas cetakan yang baru untuk menggantikan yang hampir habis aku gunakan. Pada awalnya aku berfikiran mungkin memang aku gunakan kertas yang sebanyak itu. Maklumlah, lembaran kerja untuk pelajar juga aku cetak sendiri, tidak aku hantarkan ke pejabat mencetak di bawah. Lebih mudah dan cepat. Selain itu juga, banyak rancangan pelajaran yang perlu aku buat cetakan setiap minggu. Tetapi setahu aku, aku berjimat cermat juga. Aku menggunakan kembali kertas terpakai untuk mencetak kerja-kerja peribadiku.

    Semalam aku baru sahaja menambahkan kertas cetakan aku semalam. Hari ini aku lihat macam dah surut bukan main banyak. Takkanlah aku makan kertas pula kan? Nasib baiklah aku tak ada kelas hari ini. Dari pagi tadi aku duduk di tempat aku sambil melakukan kerja sendiri. Secara tiba-tiba datang pula 'si lahabau' ni konon nak buat cetakan. Dengan muka selamba dia mencapai kertas aku, bukan sehelai dua sahaja, 1 rim dia angkut. Tak bingit dibuatnya?

    Aku tenung cik kak itu lama-lama. Kemudian aku tanya dia nak apa. Nak tahu apa dia jawab..."Nothing." Ewah! Kau dah main capai kertas aku tanpa izin lepas itu kau cakap tak ada apa-apa.... Kemudian aku tenung dia dua tiga macam sebelum aku cakap, "Excuse me...Those papers are MY personal papers, not provided by the school. I bought those papers myself for MY own use." Kalau aku beritahu respons dia pasti menyirap darah yang membaca coretan ini. Dengan muka yang selamba dan hidung yang tinggi mencecah langit dia katakan padaku, "So you don't mind if I use these papers right?"

    Eh, cik kak! Kau tak faham bahasa eh? Dah aku cakap kertas itu aku beli dengan duit aku sendiri...Kalau kau nak gunakan pun ambillah sehelai dua sahaja. Janganlah kau angkut semua sekali. Bukannya pihak sekolah tak beri kau kertas. Malah, setahu aku, kau lebih beruntung, boleh minta sahaja daripada mereka sebaik sahaja kertas kau itu kekurangan. Kalau betul pun pihak sekolah tak berikan kau kertas, pandai-pandailah selesaikan masalah sendiri. Kalau dah tahu tak ada kertas, kemudian perlu pula gunakan kertas, pergilah beli kertas sendiri!

    Che'Gu