<body> Che`Gu
...Kata Che`Gu

Langkah gelayaran terhuyung-hayang dalam berjalan
Mata gelayangan berkeliaran dalam pandangan
Lidah gelagapan gagap dalam perbualan
Teguhkah pendirian tegas tidak gelandangan

...Impian Che'Gu

Biar tapakku terjaga rapi
Biar rancak denyut nadi
Semoga tidak aku berhenti
Sehingga aku berdiri di puncak yang tinggi

...HOT LIKNKS

Betari Diani

...ARCHIVES


  • February 2008
  • March 2008
  • April 2008
  • May 2008

  • ...FORUM




     

    ...CREDITS

    Friday, April 18, 2008


    Alamak! Darah aku betul-betul menyirap. Apa taknya. Dah lah pihak sekolah beri aku kertas cetakan yang terlampau lah 'banyak' (4 rim kongsi 4 orang, kemudian itu disuruh bertahan selama 10 minggu....manalah cukup). Aku terpaksa beli kertas cetakan sendiri agar sentiasa mencukupi. Bab beli kertas aku taklah kisahkan sangat. Paling-paling pun aku gunakan untuk kegunaan aku sendiri.

    Yang aku hairankan, kenapalah kertas cetakan aku cepat sangat kekurangan. Aku rasa kurang daripada setiap 2 minggu aku perlu menyediakan 1 rim kertas cetakan yang baru untuk menggantikan yang hampir habis aku gunakan. Pada awalnya aku berfikiran mungkin memang aku gunakan kertas yang sebanyak itu. Maklumlah, lembaran kerja untuk pelajar juga aku cetak sendiri, tidak aku hantarkan ke pejabat mencetak di bawah. Lebih mudah dan cepat. Selain itu juga, banyak rancangan pelajaran yang perlu aku buat cetakan setiap minggu. Tetapi setahu aku, aku berjimat cermat juga. Aku menggunakan kembali kertas terpakai untuk mencetak kerja-kerja peribadiku.

    Semalam aku baru sahaja menambahkan kertas cetakan aku semalam. Hari ini aku lihat macam dah surut bukan main banyak. Takkanlah aku makan kertas pula kan? Nasib baiklah aku tak ada kelas hari ini. Dari pagi tadi aku duduk di tempat aku sambil melakukan kerja sendiri. Secara tiba-tiba datang pula 'si lahabau' ni konon nak buat cetakan. Dengan muka selamba dia mencapai kertas aku, bukan sehelai dua sahaja, 1 rim dia angkut. Tak bingit dibuatnya?

    Aku tenung cik kak itu lama-lama. Kemudian aku tanya dia nak apa. Nak tahu apa dia jawab..."Nothing." Ewah! Kau dah main capai kertas aku tanpa izin lepas itu kau cakap tak ada apa-apa.... Kemudian aku tenung dia dua tiga macam sebelum aku cakap, "Excuse me...Those papers are MY personal papers, not provided by the school. I bought those papers myself for MY own use." Kalau aku beritahu respons dia pasti menyirap darah yang membaca coretan ini. Dengan muka yang selamba dan hidung yang tinggi mencecah langit dia katakan padaku, "So you don't mind if I use these papers right?"

    Eh, cik kak! Kau tak faham bahasa eh? Dah aku cakap kertas itu aku beli dengan duit aku sendiri...Kalau kau nak gunakan pun ambillah sehelai dua sahaja. Janganlah kau angkut semua sekali. Bukannya pihak sekolah tak beri kau kertas. Malah, setahu aku, kau lebih beruntung, boleh minta sahaja daripada mereka sebaik sahaja kertas kau itu kekurangan. Kalau betul pun pihak sekolah tak berikan kau kertas, pandai-pandailah selesaikan masalah sendiri. Kalau dah tahu tak ada kertas, kemudian perlu pula gunakan kertas, pergilah beli kertas sendiri!

    Che'Gu

    Thursday, April 17, 2008


    Al-Fatihah Buat Nenek

    Titisan hujan yang jatuh membasahi bumi kian mendendangkan melodi kepiluan hatiku. Aku yang masih terjaga di kamar sengsara ini tidak dapat menulikan telingaku terhadap irama keresahan yang menyelubungi malam. Percikan lampu dari laluan sempit di luar tidak dapat menerangi kegelapan yang menyembunyikan diriku di dalam kamar ini. Namun kegelapan ini tidak dapat membutakan mataku terhadap tubuh lemah yang kian terlantar di sebelahku.

    Melihat keadaan tubuhnya yang telah dimamah usia dan penyakit begitu memilukan hatiku. Kugapai tangannya lalu kuusap lembut dengan harapan agar usapanku itu dapat meredakan kesakitan yang dirasakannya. Denyutan jantungnya semakin perlahan. Pernafasannya semakin sesak. Jiwaku semakin dicengkam kerisauan. Sebak dadaku menyaksikannya dalam keadaan begitu. Namun hatiku lebih pilu mengingati adegan siang tadi.

    “Kalau kita bawa Mak pulang, kita perlu siapkan tangki oksigen dan perkakas perubatan bagi keperluan Mak di rumah nanti. Dari mana kita nak cari duit bagi menampung kos perbelanjaannya nanti?” nyaring berkumandang suara Mak Lang di ruang sempit di luar wad 48 itu.

    “Saya tahu itu semua tetapi kalau boleh biarlah saat-saat akhir Mak dihabiskan di rumahnya sendiri. Doktor sendiri yang katakan, Mak di sini pun hanya menunggu masa sahaja. Tiada apa lagi yang dapat mereka lakukan. Selain daripada tangki oksigen yang memudahkan pernafasan Mak tiada ubat lagi yang dapat mereka berikan kepadanya. Bukankah lebih baik jika Mak dapat menghabiskan riwayatnya di rumahnya sendiri?” terketar-ketar kudengar kata-kata yang keluar dari Pak Lang.

    Kata-kata mereka itu mengisi ruang telingaku. Pertelingkahan suami isteri itu bertambah bahang apabila Pak Long dan Mama juga meluahkan pendapat masing-masing. Keadaan di luar semakin riuh. Kasihan Nenek. Tidakkah mereka tahu bahawa setiap kata yang mereka lafazkan itu tetap hinggap ke telinga Nenek walaupun dia kini berada dalam keadaan koma? Sampai hati mereka sanggup menambahkan kesengsaraannya pada saat itu. Jika tidak kerana rasa hormat terhadap mereka yang lebih tua mungkin sudah lama aku teriak ke muka mereka agar padam segala persengketaan yang membelengu. Kupejamkan mataku dan berdoa agar pada saat itu Tuhan dapat membisukan kata-kata mereka agar tidak melimpah masuk ke ruang telinga Nenek. Biarlah saat-saat akhirnya itu dapat dilaluinya dengan tenang.

    Tanpa kusedar Mama kini berdiri di sisiku. “Kita tak jadi bawa Nenek pulang ke rumah, Jun. Biarlah Nenek di sini sahaja. Sekurang-kurangnya ada doktor dan jururawat yang dapat memeriksa keadaan Nenek,” suara Mama lemah dalam percubaannya untuk menjelaskan situasi kepadaku.

    “Tak mengapalah, Ma. Sekurang-kurangnya di sini Nenek tenang. Kalau di rumah akan bertambah berkecamuk fikiran Nenek setiap kali mendengar anak-anaknya bertekak,” kata-kata sinis itu kulemparkan tatkala pintu wad terbuka agar dapat didengari mereka yang masih bertelaga di ruang sempit di luar sana.

    Sunyi. Lantas kata-kataku sampai juga ke telinga mereka. Biar mereka terasa pedasnya. Aku bangkit dari tempat dudukku lalu melangkah keluar tanpa memperdulikan beberapa pasang mata yang memerhatikanku. Aku membasahkan mukaku di tandas. Semalaman aku tidak tidur kerana menemani Mama menjaga Nenek. Bahkan sudah hampir tiga hari aku bermalam di hospital ini kerana tiada sesiapa yang dapat menjaga Nenek di waktu malam. Dapat kurasakan tubuhku semakin lemah akibat kekurangan tidur, ditambah pula dengan demam yang kian menyerang kesihatanku.

    Selang beberapa jam kemudian ramai yang datang melawat Nenek. Aku semakin tidak betah dikerumuni ramai orang. Aku mengambil peluang untuk melelapkan mataku buat seketika di ruang lobi wad 48 itu. Sejurus aku memejamkan mataku kenangan mewarnai mimpiku. Kenangan pada waktu tatkala kami sekeluarga menerima berita buruk mengenai penyakit kanser yang menghuni di dalam tubuh Nenek. Pembedahan demi pembedahan dan diikuti pula dengan berpuluh-puluh sesi kimoterapi yang perlu dijalani untuk memulihkan tubuh Nenek daripada sel-sel kanser yang bermaharajalela.

    Selama setahun Nenek memerangi penyakit kanser perutnya itu. Adakalanya dia hampir putus asa dalam perjuangannya. “Mungkin hidup Nenek tak lama. Entah dapat lihat engkau ke jinjang pelamin atau tidak pun Nenek tak pasti,” keluh Nenek.

    “Bersabar sahajalah, Kiah. Banyak-banyaklah berdoa. Jangan terlalu cepat sangat berputus asa,” Nek Mah menasihati Nenek.

    Sepanjang perjuangannya memerangi penyakitnya itu Nek Mah banyak memberikan semangat kepada Nenek. Perhubungan dua beradik itu menjadi semakin rapat setelah penyakit kanser Nenek dikesan doktor.

    “Betul kata Nek Mah itu, Nek. Nenek mesti banyak berehat supaya cepat sembuh. InsyaAllah, Nenek mesti dapat kesempatan lihat Jun bernikah nanti,” aku cuba menyedapkan hati Nenek.

    Melihat Nenek berada dalam keadaan sebegitu amat memilukan hatiku. Namun aku tetap bersyukur kerana Nenek dan Nek Mah diberikan kesempatan untuk bersama-sama menyambut hari yang paling bahagia buat diriku. Tercapai juga impian Nenek untuk melihatku diijabkabulkan. Bahkan kami sekeluarga juga bersyukur kerana dapat menyambut ulang tahun Nenek yang ke-65 selang beberapa minggu selepas majlis pernikahanku dilangsungkan.

    Keceriaan Nenek membuat kami sekeluarga semakin pasti bahawa Nenek akan pulih dan bebas daripada penyakit kansernya itu. Namun sebelum sempat Nenek sampai di hujung perjuangannya itu Nenek terpaksa menerima satu lagi dugaan hebat bagi dirinya. Api semangatnya yang selama ini hangat membara kian terpadam. Pemergian kakaknya, Nek Mah, menghapuskan semangatnya untuk meneruskan perjuangannya. Pemergian Nek Mah pada bulan puasa yang suci telah memadamkan keceriaan dari wajah Nenek. Keadaan Nenek semakin bertambah buruk, ditambahkan pula dengan keadaan anak-anaknya yang sering bertelaga sesama sendiri. Begitu kasihan aku melihat keadaan Nenek yang semakin melarat.

    Tangan Mama mengejutkan aku dari lena. “Jun, kalau penat kau pulanglah ke rumah dahulu,” Mama memujukku.

    “Tak apalah, Ma. Biar Jun tunggu Abang Noor pulang dari pejabat,” aku yang masih mengantuk cuba mengatur kata-kata.

    Entah mengapa aku rasa tak sampai hati ingin meninggalkan Nenek. Jangan katakan untuk pulang ke rumah, untuk turun ke bawah membeli makanan juga aku serba keberatan. Aku beruntung kerana mempunyai suami yang begitu memahami keadaan keluargaku ini dan sanggup mengizinkan aku untuk menjaga Nenek pada waktu-waktu yang genting ini.

    Adegan siang tadi semakin lupus daripada ingatanku tatkala kedengaran pernafasan Nenek yang semakin sesak. Aku mengesat airmata yang megalir dan bingkas daripada lamunanku. Dengan segera aku mencapai telefon bimbitku untuk menghubungi ahli keluargaku yang telah pulang ke rumah sejak siang tadi. Keadaan Nenek semakin mencemaskan. Aku menjadi semakin panik. Namun aku dapat rasakan bahawa Nenek sedang cuba berjuang untuk nyawanya.

    Pada saat-saat yang genting ini aku cuba mengajak Nenek untuk mengucap dan mengingati Allah. “Pergilah, Nek. Sambutlah panggilan-Nya, Nek. Jun kasihan melihat Nenek terus sengsara begini. Pergilah, Nek. Kami semua akan meredai pemergian Nenek kelak. Pergilah dengan tenang,” aku membisikkan kata-kataku itu ke telinga Nenek.

    Mungkin kata-kataku tadi meyakinkan Nenek untuk pergi dengan tenang. Ruang kamar menjadi semakin sunyi apabila Nenek menghembuskan nafasnya yang terakhir. Akan aku sentiasa mengingati dan merinduinya. Ya Allah, tempatkanlah Nenek disamping-Mu bersertakan kekasih-kekasihMu dan juga orang-orang yang beriman. Al-fatihah.
    ...Tamat...

    Che'Gu



    Bingit!!! Apa maksudnya dengan kata-katanya ini: "I know I have been troubling u ever since we are together. That's why I have no rights to say any bad things about you. I'm sorry. I'll be more careful when I want to say something. Maybe I just keep quiet and become dayus." Apa ini?

    Asal aku tegur saja aku yang salah. Mungkin sepatutnya aku berdiam sahaja apabila dia marahkan aku, supaya dengan cepat cerita ini boleh berakhir. Aku sekadar menegakkan keadilan. Bukan aku membantah kata-katanya...Memang kadang-kala itu sikap malas aku itu datang mennyelimuti tubuhku. Tetapi janganlah pula kerana kejadian di mana aku teragak-agak mengambil makanan kegemarannya itu dia tuduh aku secara am pula. Padahal aku dah beriya-iya nak ambilkan ayam KFCnya itu tetapi dia pula yang katakan tidak usah.

    Sebal otakku. Aku cuma mahu dia menilai aku secara keseluruhan. Jangan kerana satu kejadian yang kecil ini sahaja dia terus melemparkan tuduhannya terhadapku...Apa? Selama ini yang kuturuti permintaannya itu terlalu remeh sangatkah untuk diterima sebagai sanggahan kepada kenyataan bahawa aku ini pemalas.

    Sekarang dia pula yang nak mula bersikap terlalu sensitif dengan kata-kataku pula. Apa? kata-kataku sahajakah yang perlu aku tapis? Kata-katanya yang dilemparkan bak anak panah yang menembus kalbu itu tidak perlu dia jaga? Aku tidak suruh dia simpan pendam semua maklum balasnya mengenai kelakuanku. Aku hanya meminta agar dia tidak menilai aku pada mata kasarnya sahaja. Salahkah?

    Che'Gu



    Sebak. Apakan daya aku dipanggil pemalas. Puncanya, kerana aku teragak-agak untuk mengambil makanan kegemaran suamiku. Mungkin aku tidak berhak membantah kata-katanya namun sekurang-kurangnya fahamilah keadaan diriku yang sehari suntuk dilanda kesengsaraan mengerang kesakitan.
    Hanya kerana satu kejadian ini dia membaling muka terhadapku, membisukan suaranya, membekukan kehangatan perhubungan. Hanya kerana aku yang sedang mengantuk dan sakit ini tidak terlonjak kegembiraan apabila disuruh mengambilkan ayam KFC yang hanya seketul itu sahaja. Fikiran aku kelam dengan asap jerebu yang membutakan penilaianku. Aku si pemalas
    Katanya, aku ini begitu 'rajin' sekali apabila disuruh orang buat itu dan ini. Apa? Selama ini tidakkah aku melakukan apa yang disuruhnya? Mengambil air, menyediakan itu dan ini...Sebak hatiku mendengar tuduhannya itu
    Biarlah...ya kan sahaja. Memang akulah yang bergelar Pemalas.

    Che'Gu

    Wednesday, April 9, 2008


    Aku tak tahu kenapa tetapi hati aku terasa pedih sekali tiap kali aku dengar nama itu. Si Dia pula tak henti-henti asyik-asyik sebut nama itu. Naik meluat aku dengar. Tiap kali ada cerita saja mesti tentang empunya nama itu. Tak adakah cerita tentang orang lain? Asyik-asyik tentang dektu, dektu, dektu...bingitlah aku.

    Si Dia pula bukan main rapat lagi dengan Dektu. Perut dah kenyang macam mana pun kalau dektu ajak pergi makan dituruti saja. Yang buat aku lagi hot, tempoh hari ada sekali itu Dektu telefon Si Dia pada waktu malam. Dektu kononnya sedang OT di ofis. Nak tahu apa Si Dia cakap depan aku...? "Wat time you go home? Don't go home too late. Once you are leaving message me..." Tak menyirap darah dengar?...Bukan main lagi, kalahkan sepasang kekasih. Nak kena main report strength semua. Meluat.

    Nak tahu apa yang lebih meluat?....Si Dia beritahu aku “Minggu ini kerja di TP, tak boleh cuti kerana Dektu nak OT.” Apa? Si Dia tak ada, Dektu tak boleh OT sendiri…? Sakit hati aku dengar. Aku pun ada kawan lelaki tapi tak adalah pula berlagak macam ini.

    Semalam aku terdengar Si Dia berbual dengan kawan kerja di telefon. Bukan sengaja nak dengar-dengar, dah Si Dia kalau berbual dengan member memanglah sekuat-kuat petir berdentum. Si Dia cakap Dektu beritahunya Dektu lambat 1 bulan...mengandung lah tu. Setahu aku Dektu belum berumahtangga lagi. Yang aku pelik, mana ada perempuan (lagi-lagi yang belum kahwin ni) beritahu kawan kerja yang dia mengandung. Setahu aku, perempuan cuma akan beritahu 2 golongan orang sahaja...Bestfriend atau Boyfriend...Jadi Si Dia dalam kategori yang mana?...Dah sering kali aku dengar Si Dia kata ”Manalah I ada kawan perempuan. Setakat kawan kerja yang ’hi hi bye bye’ saja. Tak ada yang rapat-rapat.” Jadi kalau bukan bestfriend....Boyfriend? Ah.....! Meluatnya aku....Sesungguhnya aku bingit.

    Che'Gu

    Thursday, April 3, 2008


    After a while of rolling and turning in bed, I tapped my hubby's shoulder. With his eyes half-shut, he turned to face me....

    Hubby: Why sayang?
    Me: I can't sleep!
    Hubby: Try to rest your mind, think of nothing and you'll be able to fall asleep.
    Me: I can't! Each time i closed my eyes and try to think of nothing, lesson plans start to appear on my screen. Every time I delete it from my memory another lesson plan will invade my screen.
    Hubby: Well, don't delete them, just don't open the files. Ignore them and then go to hibernate mode. You can read the files tomorrow.
    Me: I can't! They keep popping-up. It's getting frustrating.
    Hubby: Then I guess you'd better install anti spyware.
    Me: I did! But there are still too many pop-ups.
    Hubby: Then...upgrade..

    Huh???!!!

    Che'Gu