<body> Che`Gu
...Kata Che`Gu

Langkah gelayaran terhuyung-hayang dalam berjalan
Mata gelayangan berkeliaran dalam pandangan
Lidah gelagapan gagap dalam perbualan
Teguhkah pendirian tegas tidak gelandangan

...Impian Che'Gu

Biar tapakku terjaga rapi
Biar rancak denyut nadi
Semoga tidak aku berhenti
Sehingga aku berdiri di puncak yang tinggi

...HOT LIKNKS

Betari Diani

...ARCHIVES


  • February 2008
  • March 2008
  • April 2008
  • May 2008

  • ...FORUM




     

    ...CREDITS

    Tuesday, February 26, 2008


    Di Ruang Janggal

    Kesunyian menyelubungi diriku saat aku melangkah
    Menyertai ruang kejanggalan bagi diriku
    Yang terlalu kebiasaan dengan keselesaan hidupku
    Jiwaku disentak perasaan gelisah yang datang
    Berserta pasangan-pasangan mata
    Yang menusuk tajam pada kewujudanku ini
    Mengekori gerak-geri, memantau tingkah laku
    Aku bak penceroboh di kawasan terlarang
    Ditimbus pelbagai persoalan
    Daripada mereka yang curiga akan kehadiranku di bumi mereka
    Siapa? Dari mana? Apa halnya?
    Sergahan yang datang bertubi-tubi
    Menambahkan kecemasan padaku yang tatkala ini
    Hanya ingin berpaling dan pecut berlari
    Kembali kepada ruang yang terbiasa buatku.

    Dalam kegelapan aku tergapai-gapai mencari hala
    Merangkak-rangkak aku bergerak ke hadapan
    Walhal yang di belakangku sedang menjerit
    Memanggil kepulanganku ke pangkuan keselesaan
    Aku masih takut berdiri apatah lagi berlari
    Segan tersandung di hadapan mereka yang memerhati
    Apa pula kata mereka nanti
    Mungkin aku akan dijadikan bahan gelak ketawa
    Mereka yang geli hati
    Mungkin juga aku akan menjadi pencetus amarah dan benci

    Sejenak kupejamkan mataku
    Melenyapkan setiap pasangan mata yang menjaga di setiap penjuru
    Aku enggan celik kembali
    Takut disergah renungan api mereka yang sangsi
    Namun dari satu sudut kecil
    Datangnya suara yang menjadi bekalan perjuanganku ini
    “Langkahmu sudah pun bertapak di sini
    Usah kau henti sehingga kau tiba di puncak yang tinggi”
    Bekalan semangat yang menyalakan api perjuanganku
    Membangkitkanku daripada lena yang seketika ini
    Tatkala itu kuucapkan perpisahan pada sejarah lalu
    Aku melangkah setapak ke hadapan
    dengan nama yang Esa terukir di bibir
    Selamat tinggal kenangan lalu
    Buat lembaran baru dalam hidupku
    ‘Assalamualaikum’ kuucapkan buat dirimu

    Che'Gu