<body> Che`Gu
...Kata Che`Gu

Langkah gelayaran terhuyung-hayang dalam berjalan
Mata gelayangan berkeliaran dalam pandangan
Lidah gelagapan gagap dalam perbualan
Teguhkah pendirian tegas tidak gelandangan

...Impian Che'Gu

Biar tapakku terjaga rapi
Biar rancak denyut nadi
Semoga tidak aku berhenti
Sehingga aku berdiri di puncak yang tinggi

...HOT LIKNKS

Betari Diani

...ARCHIVES


  • February 2008
  • March 2008
  • April 2008
  • May 2008

  • ...FORUM




     

    ...CREDITS

    Friday, February 29, 2008


    Dari Belakang

    Dari belakang aku memerhati
    Terfikir akan perasaanku nanti
    Ketika aku pula yang berada nun di hadapan
    Menoleh kepada mereka yang di belakangku
    Apakah akan hilang rasa janggalku
    Sejurus aku mengambil alih
    Mendiami tahta di hadapan ruang pandangan semua?

    Dari belakang aku meneliti
    Setiap gerak geri mereka yang tidak mengambil peduli
    Akan kewujudanku
    Adakah mereka akan mula sedar akan adanya aku di sini
    Tatkala aku pula yang menjadi pengisi ruang singgahsana
    Yang menarik perhatian mereka di hadapan sana?

    Dari belakang aku bermimpi
    Kelak tiba masanya giliran aku berada di hadapan
    Titahku menjadi junjungan
    Perintahku dituruti
    Akan kuhilangkan kejanggalan ini
    Menyeludup keselesaan yang terbiasa buat diriku ke dalam sudut kecil ini
    Namun kutanya pada diriku
    Adakah aku mampu?

    Tersentak, aku terjaga dari lamunan
    Giliran aku bertahta di hadapan belum nyata lagi
    Kerana aku masih lagi di ruang yang sempit ini
    Dari sini, dari belakang aku hanya boleh bermimpi

    Che'Gu